Isnin, 15 Ogos 2011

Apa Itu Daftar IPTS.com

Daftar IPTS.com

DaftarIPTS.com bukan hanya sekadar website tetapi merupakan satu sistem yang menyediakan platform bagi pelajar lepasan sekolah atau mana-mana individu yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam pelbagai bidang di peringkat Diploma dan Ijazah secara automatik mengikut kelayakkan dari keputusan pelajaran. Selepas pendaftaran dibuat, pelajar akan mendapat pelbagai tawaran dari IPTS-IPTS tempatan didalam bidang yang layak dengan keputusan dan bidang yang menjadi pilihan.

IPTS Yang Terlibat

IPTS-IPTS yang terlibat merupakan IPTS yang mempunyai sijil sah MQA sahaja. Terdapat hampir 30 IPTS tempatan yang menjalinkan kerjasama erat dalam merealisasikan matlamat ini, dimana IPTS-IPTS ini mempunyai rekod yang amat baik dan menghasilkan pelajar yang berkualiti dan bekerjaya.

Pinjaman Pelajaran

Yuran pengajian anda akan disediakan sepenuhnya dengan pinjaman sama ada daripada pihak PTPTN,MARA atau TPK (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)

Siapa Yang Boleh Mendaftar

Sesiapa sahaja boleh mendaftar di daftarIPTS.com tidak kira sama ada Lepasan SPM, STPM, Politeknik dan Lain-lain yang berkaitan.

Selepas Pendaftaran

Selepas anda membuat pendaftaran, maklumat anda akan diterima oleh semua IPTS-IPTS tempatan yang menjalinkan kerjasama dengan daftarIPTS.com dan anda hanya perlu menunggu surat tawaran tiba di kediaman anda sahaja. Kemudian, anda perlulah membuat keputusan sendiri memilih IPTS dan Program Pengajian pilihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman